Cadangan rundingan meja bulat perlu diperluas ke peringkat negeri | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Cadangan rundingan meja bulat perlu diperluas ke peringkat negeri

sam
SHAH ALAM 1 SEPT: Cadangan mengadakan meja rundingan antara BN dan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu rakyat harus diperluas ke peringkat negeri, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata, semua Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR harus mengajak Ketua Menteri dan Menteri Besar masing-masing untuk diadakan rundingan meja bulat, segera.

“Perbincangan ini tidak haru terhenti di peringkat Parlimen atau kerajaan Pusat sahaja tetapi harus dilakukan di peringkat kerajaan negeri,” katanya kepada TV Selangor, hari ini.


Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan rundingan meja bulat antara kerajaan dan pembangkang dalam isu kaum dan agama, ekonomi, peningkatan kadar jenayah dan tata kelola kerajaan.

Ketua Pembangkang itu, bagaimanapun menegaskan ia hanya rundingan isu kepentingan rakyat, bukan soal membentuk kerajaan perpaduan yang dicanang media kawalan Umno.

Shamsul hairan dengan gelagat pemimpin BN yang memandang sinis cadangan mengadakan meja rundingan bersama Pakatan Rakyat sedangkan mereka dulunya beria-ia mahu berbuat demikian.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu, berkata pemimpin BN perlu mengambil serius cadangan itu jika benar mereka mengamal kepentingan rakyat didahulukan

“Tidak wujud keadaan Pakatan terdesak kerana PRU 13 menunjukkan kita memperoleh 51 peratus undi sedangkan BN hanya 47 peratus,” katanya.

Shamsul berkata, Datuk Seri Najib Razak perlu bersikap terbuka kerana rundingan itu penting kerana ia memberi banyak manfaat kepada semua rakyat.

Melalui usaha itu, beliau berkata, masalah ekonomi, jenayah, pendidikan dan sosio politik dapat ditangani secara berhikmah dan bijaksana.

– FZL

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION