Curi RM1 dipenjara 10 tahun, pemimpin Umno rasuah hukuman ringan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Zharif Zulkiffeli

Curi RM1 dipenjara 10 tahun, pemimpin Umno rasuah hukuman ringan

duit penjaraSHAH ALAM 16 SEPT: Kerana seringgit, rakyat biasa diheret ke mahkamah tetapi jika melibatkan rasuah bilion ringgit pemimpin Umno BN, seseorang itu mungkin terlepas hukuman.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, berkata hukuman dwi-standard antara golongan marhaen dan pimpinan Umno BN tidak sepatutnya berlaku kerana undang-undang perlu dilaksana cara adil.

“Kita banyak kali menegur kerajaan kerana orang susah dan miskin dijatuhi hukuman berat kalau dibandingkan pemimpin Umno BN yang ada kes rasuah besar tapi dikenakan hukuman ringan.


“Terlalu banyak kes sebegini dan orang susah idak terbela kerana mereka tiada wang mencari peguam belas.

“Ini perlu diperbetul kerana tidak logik hanya kerana RM1 dipenjara 10 tahun, yang berbilion dikenakan dua tahun,” katanya yang dipercayai merujuk kes tuduhan rasuah terhadap Dr Mohamad Khir Toyo.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang memapar kes seorang lelaki berdepan hukuman penjara 10 tahun atas tuduhan mencuri RM1 pada 10 September lalu, di Kelantan.

Bercakap kepada TV Selangor, Zuraidah menyarankan pasukan guaman dalam Pakatan Rakyat memperjuang hal itu demi menegakkan keadilan kepada rakyat.

– FZL

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION