Harga minyak naik, Umno-BN akui ekonomi merudum | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Harga minyak naik, Umno-BN akui ekonomi merudum

ron95

SHAH ALAM, 6 SEPT : Kerajaan Pusat Umno-Barisan Nasional akhirnya terpaksa akui ekonomi negara semakin mundur hinggakan terpaksa menaikkan harga petrol dan diesel dengan alasan untuk menyelamatkan negara.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua menyifatkan langkah tersebut sebagai zalim kerana Umno-BN sanggup membebankan rakyat dan enggan menyelamatkan ekonomi melalui tindakan-tindakan menutup kebocoran, mengekang perbelanjaan boros dan membanteras penyelewengan.


“Kita berulang-ulang kali kata negara ini ada masalah, tetapi Umno-BN menafikannya dengan mengatakan duit masih banyak dan ekonomi Malaysia paling baik di dunia.

“Nampaknya Najib sepanjang pentadbirannya tidak berbuat apa-apa untuk selamatkan negara, tetapi menambah beban yang lebih teruk kepada rakyat.

“Beliau harus mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan ini,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kenaikan harga minyak bukan untuk membebankan rakyat, sebaliknya untuk menyelamatkan ekonomi negara.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan pemotongan elaun minyak kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai kerajaan dalam usaha mengurangkan defisit negara, Tian berkata, ia adalah gimik politik Umno-BN untuk mengelirukan rakyat.

“Itu satu gimik sahaja, tidak akan dilakukan pemimpin Umno-BN kerana ia tidak membawa faedah untuk selesaikan masalah,” katanya.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION