SELANGOR

Ku Nan terlepas peluang ‘dedah’ penipuan Parlimen Putrajaya – Maria

Tengku-Adnan-Tengku-Mansor- mariahSHAH ALAM 19 SEPT – Keengganan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk memberi kenyataan pada Tribunal Rakyat menyebabkan Setiausaha Agung Umno itu terlepas peluang untuk ‘membuktikan penyelewengan’ Bersih 2.0

“Itu pilihan dia. Kami rasa dia terlepas peluang untuk menerangkan (perkara itu) kerana Tribunal Rakyat bukan untuk satu parti atau Bersih syok sendiri.

“Kita mahu tahu dalam PRU-13 adakah penipuan berlaku, mengapa ia berlaku dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tak ambil tindakan,” kata Sekretariat Bersih, Maria Chin Abdullah.

Beliau mengulas kenyataan Tengku Adnan yang enggan hadir atas alasan badan itu tidak ‘bersih’ dengan mendakwa Bersih menghantar pendatang asing yang menyamar sebagai warganegara untuk mengundi di Parlimen Putrajaya.

Maria berkata, perbuatan Ahli Parlimen Putrajaya itu suatu yang merugikan kerana tribunal itu bukan untuk satu parti tetapi terbuka kepada semua pihak.

Katanya, Bersih sudah dua kali menghantar surat kepada Tengku Adnan untuk memberikannya ruang bagi ‘mendedahkan’ penipuan pilihan raya.

– FZL


Pengarang :