Kudeta Perak: 13 OKZ menang rayuan tangguh hukuman | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Kudeta Perak: 13 OKZ menang rayuan tangguh hukuman

nashita2
TAIPING 19 SEPTEMBER: Semua 13 peserta demonstrasi dalam insiden rampasan kuasa di Perak pada 2009 menang dalam rayuan pelaksanaan hukuman denda RM5,000 dan dua tahun penjara mandatori.

Keputusan itu dibacakan di Mahkamah Tinggi Taiping sebentar tadi.

Peguam bela, Hanipa Maidin sebelum itu berhujah dan mempersoal kewajaran mahkamah mengenakan hukuman dua tahun penjara sedangkan ia hanya kesalahan bawah Seksyen 145 dan mereka yang terlibat tidak pernah melakukan kesalahan.


Beliau juga merujuk kes rogol kanak-kanak lima tahun apabila yang dihukum boleh diikat jamin dan bebas.

?Mengapa pula mereka ini tidak boleh ditangguh hukuman,? soalnya dipetik Keadilan Daily, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya bangun dan membantah permohonan penangguhan hukuman dan menyatakan hukuman mandatori adalah wajar.

Sementara itu, seorang lagi peguam, Augustine Anthony menegaskan mengenai tahap kesihatan OKZ juga perjalanan kes sebelumnya.

Katanya, ramai antara mereka yang sudah kehilangan pekerjaan dan sudah pun ?terhukum?.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION