Majikan diseru hapuskan diskriminasi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

Majikan diseru hapuskan diskriminasi

tony-pua

SHAH ALAM 14 SEPTEMBER : Semua majikan digesa memansuhkan amalan diskriminasi berasaskan kaum, agama dan jantina.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata beliau sedih melihat adanya syarikat yang masih mengamalkan dasar diskriminasi dalam tawaran pekerjaan.


Beliau berkata demikian mengulas laporan media mengenai wanita-wanita beragama Islam yang ditolak permohonan kerja mereka atas sebab mereka bertudung.

“Alasan diskriminasi itu perlu dikutuk dan tidak boleh diterima dalam sebuah masyarakat adil, bertimbang rasa, saksama dan tanpa diskriminasi adalah keutamaan.

Tony menjelaskan penawaran pekerjaan sebenarnya hanya bersandarkan kepada pendidikan, pengalaman dan kemahiran. Lantas, dasar diskriminasi tidak boleh dibenarkan untuk berakar dan menjadi kebiasaan di negara ini.

“Jika sesebuah perniagaan hanya dapat mencapai keuntungan berdasarkan diskriminasi mengikut bangsa, agama dan jantina, lebih baik jika syarikat tersebut tidak beroperasi di negara kita,” kata Tony dalam kenyataan medianya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION