NASIONAL SELANGOR

MBPJ: 172,613 iklan haram diroboh

DSC_0341PETALING JAYA, 3 SEPT : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan operasi menanggal iklan berstruktur tanpa lesen secara berterusan ke arah membanteras kegiatan itu daripada berleluasa.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ, Tun Mohd Izlizam Bahardin berkata, MBPJ juga telah menanggal sebanyak 172,613 iklan tanpa lesen di seluruh bandar raya itu dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.DSC_0416

“Mengikut pecahan ialah banner berjumlah 4,249, bunting (34,132), papan iklan kecil (26,884), iklan parti politik (6,930), iklan kecil pinjaman wang (30,048), iklan kecil rumah (24,564), bunting politik (23,152) dan lain-lain (22,822),” jelas Izlizam.

Operasi mensasarkan kawasan komersil, tempat tumpuan awam dan pusat perniagaan. Antara kawasan yang disasarkan seperti di SS2, SS3, SS14 dan Kota Damansara.

“Iklan berstruktur adalah jenis iklan dipasang dengan binaan seperti tiang di tepi jalan. Kebanyakan iklan ini merujuk sesebuah premis perniagaan atau perkhidmatan sewa ruang iklan.

“Hasil pemantauan dijalankan MBPJ mendapati kebanyakan iklan ini tanpa lesen dan dipasang tanpa mengikut spesifikasi dibenarkan,” katanya kepada pemberita.

Penguatkuasa MBPJ melancarkan operasi penguatkuasaan iklan berstruktur itu di sekitar Petaling Jaya dengan penyertaan kira-kira 20 anggota.

DSC_0452Dalam operasi itu beberapa iklan berstruktur tanpa lesen antaranya iklan premis perniagaan, iklan hotel dan iklan syarikat pengiklanan ditanggalkan pihak MBPJ.

Tun Mohd Izlizam berkata, MBPJ akan menjalankan siasatan bagi mengesan pihak berkaitan supaya notis peringatan dapat diberikan kepada mereka.

Beliau berkata, tindakan kompaun boleh dikenakan kepada pesalah.


Pengarang :