MBPJ perkenal QR Code untuk baiki mutu pengurusan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

MBPJ perkenal QR Code untuk baiki mutu pengurusan

jom bayar lesen mbpj 2

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperkenal Kod Respon Pantas (QR Code) pada pelekat premis perniagaan di bandar raya itu bagi menambah baik mutu perkhidmatan pengurusan perlesenan.

Datuk Bandar, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata sistem itu berkeupayaan memastikan maklumat dalam lesen sama seperti yang dipohon peniaga menerusi telefon pintar.


jom bayar lesen mbpj

“Sistem itu ada ciri keselamatan dan maklumat aktiviti perniagaan seperti nombor akaun lesen, nama syarikat, alamat premis, aktiviti lesen dan tempoh lesen.

“Segala maklumat boleh diakses melalui telefon yang ada kemudahan internet. Ia membantu kami mengesan pemalsuan pelekat (lesen),” katanya pada sidang media sempena Kempen ‘Jom Bayar Lesen 2014’ di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha MBPJ, Ahmat Mohayen Said; Pengarah Penguatkuasa MBPJ, Mohd Fauzi Maarof dan Timbalan Pengarah Perlesenan MBPJ, Sharinaz Shamsudin.

Alinah berkata, MBPJ juga memperkenal kad pekerja/pembantu yang ada ciri keselamatan dan sistem QR Code bagi lesen 2014 meliputi aktiviti perniagaan makanan, penjaja, pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan serta pusat siber.

“Bagi fasa pertama, MBPJ mewajibkan pemegang lesen penjaja dan pusat siber sahaja untuk mendaftarkan nama pekerja mereka.

“Ini bagi memastikan pekerja itu bukan warganegara asing kerana mereka dilarang menjadi bekerja di pusat siber mahupun penjaja,” katanya.

jom bayar lesen mbpj 1

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION