MBPJ sedia kaunter bergerak bayar lesen | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

MBPJ sedia kaunter bergerak bayar lesen

PETALING JAYA, 30 SEPT : Bermula 6 November hingga 28 Disember, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengadakan kaunter bergerak di 18 buah lokasi di Petaling Jaya bagi memudahkan orang-ramai membaut pembayaran lesen.

Inisiatif ini adalah usaha MBPJ mengurangkan kesesakan di kaunter ibu pejabat di samping memberi kemudahan kepada orang awam membuat pembayaran di lokasi berhampiran tempat tinggal mereka.

“Semua pemegang lesen boleh membuat pilihan untuk memperbaharui lesen bagi tahun 2014 di lokasi-lokasi kaunter bergerak atau hadir ke kaunter ibu pejabat MBPJ pada waktu bekerja bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.


“Pada 28 dan 29 Disember 2013 (Sabtu dan Ahad) kaunter akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang,” menurut kenyataan media dari urusetia media MPBJ.

MBPJ kaunter bergerak-1

Pemegang lesen yang mempunyai kelulusan kebenaran merancang dan tukar guna bangunan perlulah mengemukakan pembaharuan kebenaran merancang iaitu 3 bulan sebelum tarikh tamat di Jabatan Perancangan dan Pembangunan MBPJ.

Kegagalan pemegang lesen berbuat demikian akan menyebabkan lesen perniagaan tidak dapat diperbaharui bagi tahun 2014.

Sementara itu juga, semua pemegang lesen dinasihatkan untuk menyemak kompaun terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah ketika pembayaran dibuat.

Pemegang lesen juga diingatkan untuk memperbaharui lesen bagi tahun 2014 sebelum tarikh tamat iaitu 31 Disember 2013 kecuali bagi permohonan lesen anjing mulai 2 Januari 2014.

“Kegagalan berbuat demikian, pihak Majlis akan mengenakan caj kelewatan sebanyak RM50 bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2014, manakala caj kelewatan sebanyak RM250 pula akan dikenakan mulai 1 April dan seterusnya.

“Sekiranya masih gagal memperbaharui lesen bagi tahun 2014, lesen akan dibatalkan mulai bulan Julai,” menurut kenyataan itu lagi.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION