Selangorkini
Uncategorized

Minyak naik punca kos penyelenggaraan teksi meningkat

teksi lembah klangSHAH ALAM, 11 SEPT: Meskipun kebanyakan teksi di Lembah Klang menggunakan Kenderaan Gas Asli (NGV) sebagai teksi, keputusan kerajaan menaikkan harga minyak tetap memberi kesan.

Ini berikutan kenaikan harga bahan api itu menyebabkan kos penyelenggaraan meningkat 30 peratus, sekaligus menyusutkan pendapatan bersih pemandu teksi.

Pengerusi Persatuan Badan Bertindak PemanduTeksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan, berkata kebanyakan teksi secara purata beroperasi dalam jarak perjalanan 300 kilometer atau 12 hingga ke 16 jam sehari.

Jarak perjalanan harian itu, katanya, menyebabkan kos penyelengaraan teksi lebih berbanding kenderaan persendirian biasa.

“Ia memberi impak kepada kos logistik sebab komponen gas sekarang mula naik harga dalam 30 peratus. Secara tidak langsung memberi kesan kepada kos penyelengaraan teksi.

“Pendapatan kita akan habis ke kos penyelengaraan yang naik terlampau tinggi. Itu menyebabkan pemandu teksi tak akan boleh hidup,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Amran berkata, pemandu teksi yang purata pendapatan dianggar sekitar RM1,500. turut menerima impak dengan kenaikan harga barangan keperluan harian seperti rakyat lain.

– FZL


Pengarang :