Selangorkini
Uncategorized

MPK: Perobohan premis haram selaras kanun tanah negara

MPK 01

SHAH ALAM, 11 SEPT : Tindakan keatas premis-premis perniagaan yang melanggar undang-undang di Jalan Teratai, Klang akan diteruskan ke fasa kedua, tegas Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri.

Beliau berkata MPK mengambil pendirian yang tegas dan saksama dalam menguatkuasakan undang-undang, selaras dengan Kanun Tanah Negara.

“Pada fasa kedua itu nanti, MPK akan membuat operasi ke atas rumah-rumah milik penduduk tempatan yang diubahsuai secara haram untuk dijadikan kedai dan ada diantaranya disewakan kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan berikutan permintaan yang tinggi daripada rakan senegara yang bekerja di kawasan itu,” tegas Ehsan.

MPK 02Fasa pertama menyaksikan perobohan premis perniagaan yang diusahakan secara haram. Selangorkini diberitahu penduduk setempat mengadu peniaga terbabit berniaga secara haram diatas tanah milik penduduk tempatan.

Tindakan tegas itu mengundang kritikan dari pihak tertentu yang mendakwa MPK tidak bertindak terhadap premis-premis yang diusahakan warga asing.

Menjawab tuduhan itu, Ehsan menjelaskan empat premis yang diusahakan warga asing dan sembilan premis milik warga tempatan dikenakan tindakan dalam operasi fasa pertama itu.

“Tidak timbul isu ketidakadilan dalam isu ini kerana kebanyakkan premis yang beroperasi sememangnya milik penduduk tempatan. Tindakan penguatkuasaan ke atas kewujudan gerai dan struktur di atas tanah kerajaan akan diteruskan dan dipantau secara serius,” katanya dalam kenyataan media.

MPK 03Dalam isu lain, Ehsan berkata MPK akan meminta pihak pengurusan sebuah syarikat pengeluar sarung getah di kawasan berkenaan untuk menyediakan kemudahan asrama yang mencukupi bagi menampung jumlah pekerja asing mereka yang dikatakan hampir 10,000 orang.

Serentak dengan itu, MPK mahu mengenalpasti pemilik-pemilik rumah yang menyewakan rumah mereka kepada pekerja asing untuk tindakan susulan.

Tindakan ini diambil selepas penduduk mengadu pekerja-pekerja asing berkenaan mengabai dan mencemar kebersihan kawasan setempat.


Pengarang :