Najib, Kabinet dicabar bayar petrol sendiri tanpa ditanggung kerajaan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Saiful Asraf

Najib, Kabinet dicabar bayar petrol sendiri tanpa ditanggung kerajaan

rafizi pc white stripes 03

Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kabinet dicabar membayar sendiri perbelanjaan petrol dan diesel yang selama ini dinikmati mereka atas pembiayaan wang rakyat secara percuma.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membuat  cabaran itu berikutan kenaikan harga RON 95 dan diesel sebanyak RM20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi.


Dengan kenaikan itu, RON 95 berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

?Najib bertanggungjawab menaikkan harga minyak, wajarlah beliau mengarahkan semua Menteri Kabinetnya seramai lebih kurang 70 orang itu membayar sendiri petrol dan diesel yang selama ini ditanggung wang rakyat.

?Mereka mesti berlaku adil kepada rakyat yang selama ini menanggung perbelanjaan ini,? katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Najib semalam memberi alasan kenaikan itu kononnya langkah rasionalisasi subsidi dan proses pengukuhan ekonomi jangka pendek dan sederhana oleh kerajaan bertujuan memberi kesan positif kepada rakyat.

Memetik Keadilan Daily, Ahli Parlimen Pandan itu menolak alasan itu dengan membawa fakta bahawa kenaikan harga minyak memberi kesan berganda kepada rakyat terutama golongan miskin.

Berdasarkan Kajian Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan Kaji Selidik Isirumah 2009/2010, katanya, menunjukkan kenaikan itu memberi kesan lebih buruk kepada golongan miskin.

?Contohnya, golongan berpendapatan bawah RM500 sebulan membelanjakan 35 peratus pendapatan untuk petrol dan diesel sahaja.

?Mereka yang bergaji lebih RM4,000 sebulan hanya membelanjakan 10 peratus daripada pendapatan mereka untuk hal sama,? katanya.

Beliau turut menyangkal kenyataan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong BN di Parlimen, Datuk Bung Mokhtar Radin yang menyifatkan kenaikan itu tidak memudaratkan orang kampung kerana yang berkereta kebanyakannya orang kaya.

?Rakyat termasuk golongan miskin guna kerana bukan kerana pilihan tetapi keperluan,? kata Rafizi.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION