Pelan tindakan khas bantu warga PJ | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

tech support

Pelan tindakan khas bantu warga PJ

pj2Lori-lori tangki air dan perkhidmatan tangki air statik akan digerakkan ke lokasi-lokasi yang terjejas teruk akibat tumpahan minyak diesel di Sungai Selangor.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya bertindak pantas merangka pelan tindakan khas ini bertujuan membantu Syarikat Bekalan Air Selangor membekalkan bekalan air bersih kepada penduduk yang terkesan dalam wilayah Petaling Jaya.

“Pihak Majlis akan menyediakan perhidmatan tangki air statik dan lori tangki air di lokasi-lokasi kritikal berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam,” menurut kenyataan media yang diterima pihak kami.


Sebarang aduan dan pertanyaan orang ramai boleh menghubungi MBPJ ditalian 03 7954 2020 atau emelkan kepada aduan@mbpj.gov.my.

“Dengan kekangan logistik yang terhad bantuan yang disediakan oleh majlis ini adalah secara ?first come first serve?. Bekalan air ini akan disediakan sehingga bekalan air bersih ke Petaling Jaya kembali pulih sepenuhnya,” menurut kenyataan itu lagi.pj

– HM

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION