Pemimpin PKR syak DBKL berkomplot dengan pemaju roboh kuil 100 tahun | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Pemimpin PKR syak DBKL berkomplot dengan pemaju roboh kuil 100 tahun

PEMI-300x201
SHAH ALAM, 1 SEPT: Kerajaan Umno BN memungkiri janji sebelum pilihan raya apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini memulakan kerja merobohkan Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.

Kuil itu, selain menerima kunjungan penganut Hindu setiap hari, ia juga dianggap bersejarah kerana usianya mencecah lebih 100 tahun.

Naib Presiden PKR, N Surendran mengesyaki wujud komplot antara DBKL dengan sebuah syarikat swasta bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan tambahan syarikat pemaju itu.


“Kita menuntut kerajaan menghentikan kerja meroboh kuil seperti yang dijanjikan sebelum ini. Kami gesa mereka yang ditahan segera dibebaskan.

“Penahanan itu tidak wajar kerana mereka hanya mahu berunding dengan DBKL tetapi mereka dikasari, sebelum ditahan. Perbuatan polis sangat agresif,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Sehingga jam 3 petang ini, mereka yang ditahan ialah pemimpin PKR, S Jayathas dan wakil kuil berkenaan.

Sehingga tengah hari tadi, Surendran berkata, tiga patung tidak termasuk patung besar di kuil itu diroboh penguatkuasa DBKL menggunakan penukul besi.

Pada 20 Oktober lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Adnan Md Ikshan, berkata DBKL sudah menarik balik notis mengosongkan dan meroboh kuil itu.

Bagaimanapun, DBKL dengan pemantauan polis ini mengambil tindakan sebaliknya, apabila mula merobohkan kuil yang terletak di segi tiga emas ibu kota itu.

– FZL

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION