Penganjur Piala Sultan Selangor terima sumbangan RM1 juta | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Penganjur Piala Sultan Selangor terima sumbangan RM1 juta

sultan 2KLANG, 2 SEPT : Jawatankuasa Penganjur Piala Sultan Selangor menerima sumbangan sebanyak RM1 juta dari pelbagai syarikat korporat bagi menjayakan pertandingan bola sepak yang bakal berlangsung pada 28 September nanti.

Sumbangan tersebut diserahkan dalam satu Majlis Minum Petang dan Penyampaian Cek yang diadakan di Istana Alam Shah, Klang.

Cek Sumbangan tersebut diterima oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mencemar duli untuk turut serta dalam majlis minum petang itu.


Turut mengiringi Tuanku adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.sultan

MCT konsortium Berhad sebagai penaja utama tahun ini menyumbangkan RM400,000, diikuti Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (Syabas) dengan tajaan RM200,000, serta Syarikat Kumpulan BHL dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) masing-masing RM100,000

Penaja bersama yang lain SP Setia Berhad, Splash Sdn Bhd, Taliworks Corporation Berhad dan Kumpulan Tanjung Balai masing-masing menyumbangkan RM50,000.

Selain itu Sultan Sharafuddin juga turut berkenan membawa penaja dan VIP yang ada untuk melawat Muzium Mini Bola Sepak baginda.

Tirai pembukaan Piala Sultan Selangor 2013 edisi ke-12 pada 28 September ini akan menyaksikan perlawanan pasukan veteran pada jam 8.00 malam, diikuti dengan perlawanan utama pasukan semasa Selangor pada jam 9.00 malam.

Piala Sultan Selangor yang diadakan setiap tahun itu hanya melibatkan dua perlawanan, pasukan semasa Selangor menentang Singapura dan pasukan veteran Selangor menetang veteren Singapura.

Perlawanan-perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Shah Alam.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION