PKR Sabah: Tun M Bohong | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Zharif Zulkiffeli

PKR Sabah: Tun M Bohong

ic sabahSHAH ALAM, 11 SEPT : Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah membidas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memberi keterangan yang mereka sifatkan bohong kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja Berhubung Pendatang Asing Sabah, hari ini.

Pengerusinya, Datuk Lajim Ukin berkata tidak mungkin pegawai-pegawai kanan Kerajaan berani memberikan kewarganegaraan sewenang-wenangnya kepada pendatang asing, kerana ia melibatkan keselamatan negara.

“Kita mahu tahu siapakah yang berikan arahan. Mana ada pegawai kerajaan mahu jadi orang gila keluarkan kad pengenalan.


“Gelap masa depan untuk naik pangkat, bahkan mungkin juga dibuang kerja. Itu persoalan saya,” tambahnya lagi.

Memetik laporan portal Malaysiakini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan yang memberikan kerakyatan dan mengeluarkan kad pengenalan kepada calon yang tidak layak.

Lajim berpendapat pihak berkuasa mempunyai sumber dan kemampuan untuk mengenalpasti siapa yang mendalangi Projek IC Sabah.

“Sepatutnya kerajaan mengenalpasti pegawai berkenaan dan tangkaplah. Tangkap dan siasat, kemudian polis akan tahu siapa dalang,” tegas beliau.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION