Projek tebatan baru atasi banjir | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

fairuz tahir

Projek tebatan baru atasi banjir

tebatan banjir 01

SHAH ALAM 9 SEPT : Projek tebatan banjir akan dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dan Klang baru-baru ini.

Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, projek ini akan dilaksanakan segera di kawasan yang telah dikenal pasti iaitu di Sungai Rasah dan sekitarnya.


tebatan banjir 02“Antara cadangan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS) ialah supaya ditinggikan tebing di sekitar kawasan terbabit bagi menghalang air daripada melimpah keluar ke jalan dan tol berdekatan,” kata Yunus dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, aliran longkang dan perparitan yang sempit sebelum bercantum telah menyebabkan cerutan (bottleneck) mengakibatkan air melimpah ke dalam sungai.

“Kerajaan Negeri turut mengenal pasti beberapa tempat yang sering mengalami banjir kilat kerana masalah perparitan yang tidak terurus dengan baik, tersumbat dan sebagainya seperti di Kampung Padang Jawa untuk dinaik taraf kepada lebih baik lagi,” katanya.

Kerajaan Negeri juga akan melakukan tindakan segera di kawasan persimpangan Jalan Batu Tiga Lama dan Jalan Sungai Rasah dengan membesarkan longkang dan perparitan kerana kerap berlaku banjir lumpur.

tebatan banjir 03Beliau menambah pihaknya dan sekumpulan pegawai dari JPS turut melakukan tinjauan ke kawasan tersebut sehari sebelum banjir berlaku.

“Kerajaan Negeri akan melakukan pemantauan di kawasan-kawasan yang turut diklasifikasikan sebagai kawasan berpotensi untuk mengalami banjir kilat supaya dapat dilakukan pencegahan awal sebelum berlaku malapetaka yang lebih besar.

Yunus tidak menolak kemungkinan taburan hujan yang agak luarbiasa yang menyebabkan berlakunya banjir kilat.
“Kerjasama daripada penduduk setempat dan seluruh rakyat Selangor diperlukan supaya tidak menjadikan longkang dan perparitan sebagai tempat pembuangan sampah segera sehingga menyebabkannya ‘tersekat dan sebu’,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION