SELANGOR

Ribuan umat tunjuk solidariti kemanusiaan terhadap negara Islam

tundas
SHAH ALAM 6 SEPTEMBER : Lebih 1,000 umat Islam mula membanjiri Himpunan Solidariti Kemanusiaan terhadap negara Islam bergolak di Mesir, Syria, Palestin, umat Islam Rohingya dan Bangladesh.

Program di Stadium Melawati di sini, malam ini anjuran 11 badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Ikram, Wadah dan Mapim dengan kerjasama kerajaan Selangor.

Acara dimulai dengan solat Maghrib dengan diimami Ustaz Dr Badrul Amin serta kuliah perdana oleh Ustaz Jel Fathullah Al-Anshori dari Indonesia.

Seterusnya, program diteruskan dengan solat hajat dan Qunut Nazilah serta tayangan video ‘Mesir Menangis & Flash Mod ‘Air Mata Syria’.

Kemuncak program ialah pidato pemimpin seperti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Turut menyampaikan pidato ialah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, wakil Ikhwanul Muslimin Mesir dan tokoh pimpinan NGO muslim Malaysia.

Pada malam ini juga, Kempen ‘Malaysia 4 R4bia’ dilancarkan pada akhir himpunan yang dijadual berakhir jam 11.15 malam


Pengarang :