Selangor bantu keluarga OKU, Adun keluar duit poket tanggung lesen | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Selangor bantu keluarga OKU, Adun keluar duit poket tanggung lesen

roda
KLANG 1 SEPT: Pemberian bantuan motosikal tiga roda membawa sinar kepada Sri Shanker yang hilang penglihatan untuk memulakan perniagaan makanan bergerak bagi menampung keluarganya.

“Dengan adanya motosikal ini, saya dan isteri mampu menambah pendapatan dengan menjalankan perniagaan makanan bergerak di sekitar kawasan Andalas,” katanya.

Penglihatan Shanker yang berusia 33 tahun itu, hilang sejak berusia 17 tahun akibat jangkitan kuman di mata.


Pada masa ini, isterinya, Kalimah a/p Letchmana, 30, hanya bekerja sebagai tukang cuci dan gajinya tidak mampu menampung perbelanjaan sekolah dua anaknya.

Bantuan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Andalas, Dr Xavier Jayakumar di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Andalas, Jumaat lalu.

Melalui inisiatif itu, suami isteri itu dapat menjana pendapatan dengan berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Shanker juga kagum kerana Dr Xavier sanggup mengeluarkan duit poket bagi menampung bayaran ujian memandu isterinya untuk mendapatkan lesen kenderaan.

– FZL

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION