Selangor cungkil bakat lahir perenang harapan negara | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

fairuz tahir

Selangor cungkil bakat lahir perenang harapan negara

Selangor Cungkil Bakat Lahir Perenang Harapan Negara 7

KELANA JAYA 8 SEPT : Selangor mampu melahirkan perenang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa menerusi penganjuran acara sukan seperti Pesta Renang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang kini memasuki tahun kelapan.

Selangor Cungkil Bakat Lahir Perenang Harapan NegaraExco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping berkata, bagi mencapai matlamat itu semua pihak perlu memberikan sokongan kepada program anjuran MBPJ bersama Kelab Renang Stingray ini.


“Penganjuran acara ini setiap tahun diharap mampu mencungkil bakat baru bukan setakat untuk Petaling Jaya tetapi untuk Selangor dan seterusnya Malaysia.

Suasana di Kolam Renang MBPJ gamat dengan suara 200 kanak-kanak dan ibu-bapa masing-masing yang menyertai pertandingan kali ini. Selangorkini difahamkan acara seperti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang awam setiap tahun.

“Ini kerana renang adalah salah satu sukan yang mana Selangor dan Malaysia mencatat pencapaian membanggakan,” kata Elizabeth yang dijemput untuk merasmikan acara itu di Kolam Renang MBPJ, Kelana Jaya.

Turut hadir, Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Puasa Md Taib serta Pengerusi Jawatankuasa Stingray dan Pesta Renang MBPJ, Suraya Mohd Nor.

Serentak dengan acara ini, pihak penganjur turut menyerahkan sumbangan kupon kepada rumah-rumah anak yatim terpilih antaranya Rumah Anak Yatim Suci Rohani dari Bandar Utama, Petaling Jaya.

Selangor Cungkil Bakat Lahir Perenang Harapan Negara 2

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION