NASIONAL SELANGOR

Syarikat, agensi swasta puji kebolehan graduan Unisel

seni reka UNISEL

SHAH ALAM 13 SEPT: Lulusan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan prestasi membanggakan apabila memulakan memasuki alam pekerjaan.

Graduan fakulti itu juga menerima pujian dan pengiktirafan pelbagai pihak sekaligus membuktikan Unisel menghasilkan tenaga kerja berkualiti tinggi.

Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Sayuti Chik Tajuddin, berkata tinjauan di beberapa agensi pengiklanan, media dan komunikasi memberi maklum balas positif berhubung perkara itu.

“Dari hasil lawatan syarikat itu, mereka memuji dan mengatakan majoriti penuntut Unisel berkebolehan dan punya keupayaan tersendiri.

“Malah, pihak industri juga memaklumkan penuntut Unisel yang terbaik berbanding universiti lain,” katanya pada majlis Anugerah Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di sini, semalam.

abdul rahman bin mat admara aSeramai 150 pelajar menerima anugerah itu dalam majlis berkenaan.

Sayuti berkata, fakulti itu turut mencatat pencapaian terpuji berbanding fakulti lain apabila menerima penganugerahan tertinggi dengan tahap melebihi 40 peratus.

“Ini satu kejayaan cemerlang penuntut fakulti ini,” katanya.

Antara penerima anugerah, penuntut Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik Digital, Abdul Rahman Mat Admara, 27, yang kini berkhidmat di sebuah syarikat di Putrajaya.

Beliau berkata, pembahagian masa yang betul menyebabkannya mampu bekerja dan belajar hingga mencapai keputusan cemerlang.

muhammad azfar bin samsudin aMuhammad Azfar Samsuddin, 20, pelajar Diploma Fotografi Teknologi pula berkata, usaha berterusan bersama rakan selain rujukan dengan pensyarah, memberi keputusan seperti diharapkan.

“Saya gembira dengan anugerah ini dan akan terus berusaha supaya lebih cemerlang dalam pelajaran,” katanya.

Begitu juga Mirrah Syafiqah Hasannudin, 20, yang berpendapat mengikuti pengajian dengan tekun selain kerjasama antara pelajar dan pensyarah, akan  mencipta kejayaan.

“Saya selalu dapatkan pandangan rakan dan pensyarah bagi setiap hasil kerja,” kata penuntut Diploma Seni Reka Grafik Digital itu.


Pengarang :