NASIONAL

Tahaluf Siyasi tak mestinya tumpu isu PRU tapi baiki pentadbiran

khalid samad white pc 011

SHAH ALAM, 18 SEPT – Kajian Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik harus tertumpu isu memperkukuh pentadbiran dan bukan semata-mata terhad kepada isu pilihan raya, kata Khalid Samad.

“Tahaluf Siyasi bukan untuk pilihan raya sahaja, apa rakyat nak tengok bagaimana kemampuan PR memerintah bersama.

“Ini perlu dipertingkat kerana kita mahu tunjuk gagasan Pakatan lebih baik daripada BN. Bukan sekadar soal bertanding PRU tetapi soal pemerintahan,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan PAS supaya mengkaji semula kerjasama politik dalam Pakatan berikutan mendakwa pengaruh parti itu dilihat semakin lemah.

Namun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan supaya kajian itu hanya untuk menambah baik kerjasama, bukannya membawa tujuan yang tidak menguntungkan Pakatan.

Menyifatkan persoalan keluar gabungan itu tidak harus timbul, dari Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, berkata masalah sesama parti dalam Pakatan harus dibincang secara dalaman.

Memberi contoh, beliau berkata, masalah pertindihan kerusi perlu dibincang sesama pimpinan tertinggi untuk mencapai keputusan terbaik.

“Kita harap masalah seperti pertindihan kerusi dapat diditangani dengan lebih baik, perbincangan antara pimpinan dengan lebih mendalam supaya masalah itu tidak berulang,” katanya.

– FZL


Pengarang :