Jangan layan ajakan BN untuk bekerjasama, Pakatan bakal tawan Putrajaya PRU14 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Saiful Asraf

Jangan layan ajakan BN untuk bekerjasama, Pakatan bakal tawan Putrajaya PRU14

BN PRU-13 bom 01

SHAH ALAM 26 SEPT: Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyifatkan kerjasama Umno-PAS tidak perlu kerana Pakatan Rakyat mempunyai peluang terbuka luas menubuhkan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14) kelak.

Menyangkal pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kewujudan ruang kerjasama itu, Muhammad berkata, parti komponen Pakatan sepatutnya bersedia mengukuhkan parti untuk membentuk kerajaan.


?Jangan ada agenda untuk menyelit ke sana dan ke sini. Nanti rakyat yang menjadi mangsa. Pakatan harus berusaha sebaik mungkin memberi alternatif kepada rakyat. Apa jua kelemahan BN, jangan diulang.

?Jika BN menjadi pilihan dan mendengar suara rakyat, mengapa mereka mahu bekerjasama dengan pihak menentang untuk berunding bersama kerajaan? Jika BN bagus, berdiri atas kaki sendiri, melainkan jika mereka memang sudah ditolak.

?Kalau tidak bagus, hendak menang dan berkuasa, kenalah main tipu. Pakat dengan penjaga gol lawan dan suruh lepaskan bola. Tendang dari jauh pun boleh masuk.

“Dalam politik, kita tidak mahu wujudkan orang yang mengekalkan kuasa. Umno sudah lama mengekalkan kuasa hampir 60 tahun,? katanya pada wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider di Shah Alam, Selangor.

Muhammad menyertai PAS dua hari selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Umum 2013 lalu.

Muhyiddin sebelum ini dilapor berkata, BN tiada masalah bekerjasama dengan PAS kerana parti komponen BN itu terbuka mengambil apa jua langkah termasuk mengadakan perbincangan bersama PAS bagi tujuan menyatupadukan umat Islam.

Atas dasar BN yang mahu mengekalkan kuasa, bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, rakyat menanggung kerugian jika rundingan berkenaan menemui kegagalan.

Menggesa parti dalam Pakatan mengukuhkan kepimpinan untuk menawan Putrajaya pada PRU 14, beliau berkata, BN dan Pakatan harus memilih jalan berbeza.

?BN yang ingin mengekalkan kuasa, tetapi rakyat yang menanggung rugi. Pandangan saya, biar BN dengan cara mereka sendiri dan PR mesti bersatu sebagaimana sebelum ini. Saya yakin PRU 14 mereka tawan Putrajaya,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION