Umno simpan prasangka serong terhadap Ikhwan Muslimin – Anwar | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Zharif Zulkiffeli

Umno simpan prasangka serong terhadap Ikhwan Muslimin – Anwar

anwa
SHAH ALAM, 6 SEPT: Umno BN tidak mampu menjalinkan kerjasama erat dengan Ikhwan Muslimin kerana parti pemerintah itu menyimpan prasangka serong terhadap mana-mana gerakan Islam.

Berdasarkan pengalamannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau pernah dinasihati supaya tidak bertemu wakil gerakan itu.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu tidak mengendahkan ‘nasihat perisikan’ itu, sebaliknya sekadar menukar lokasi pertemuan.


“Bila Mursyidul Am Ikhwan di Malaysia, Muhammad Mahdi’ Akif, saya dinasihati perisikan supaya tidak bertemu (mereka) kerana mereka kononnya ekstrimis Islam, radikal dan sebagainya.

“Saya terpaksa berbincang dengan Abdul Hamid Abu Suleyman dengan bertemu di pejabatnya.

“Saya, Timbalan Perdana Menteri ketika itu datang ke pejabat Hamid untuk makan tengah hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas acara perasmian buku ‘Di sebalik Ikhwan Muslimin: Hakikat tentang Pergerakan Politik Terkuat Dunia’ petang semalam.

Mengikut tradisi, seseorang pemimpin berkedudukan tinggi dalam sesebuah negara dikunjungi pemimpin negara luar kecuali wujud masalah tertentu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau menggalakkan wakil Ikhwan Muslimin bertemu dengan Umno bagi menerangkan kedudukan sebenar berlaku di Mesir.

Ketua Umum PKR itu berpendapat Ikhwan Muslimin tidak mampu menjalin hubungan rapat bersama Umno, berbeza seperti yang dilakukan PAS dan PKR.

– FZL

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION