Utusan didakwa kelirukan pembaca | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

Utusan didakwa kelirukan pembaca

utusanSHAH ALAM 17 SEPTEMBER : Akhbar Utusan Malaysia didakwa sengaja mengelirukan pembaca dengan memberi gambaran bahawa tidak wujud pengundi asing dan gangguan bekalan elektrik dalam PRU-13 lepas, tegas Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming,

Dr Kian Ming berkata, beliau tidak bersetuju dengan isi tulisan di muka surat 4 akhbar itu bertajuk “Penipuan pembangkang didedah – pemimpin DAP, PAS akui tidak wujud pengundi hantu mahupun gangguan bekalan elektrik.

“Saya tidak bersetuju dengan pandangan dan gambaran ini kerana saya tidak mempunyai akses kepada semua maklumat untuk semua kawasan pilihan raya di seluruh negara,” kata Dr Ong dalam kenyataan medianya.


Menurut Dr Kian Ming, artikel di Utusan Malaysia itu memetik katanya daripada FreeMalaysiaToday yang diterbitkan 15 September bertajuk ?DAP man concurs Pemantau?s findings of no foreign voters, blackouts.?

Dalam artikel Utusan ini, dipetik bahawa beliau berkata ? ?Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau).?

Dr Kian Ming berkata, artikel itu gagal memberi ruang kepada penjelasan penting dalam artikel bahawa komennya tentang pengundi asing terhad kepada Parlimen Serdang dan gangguan bekalan elektrik hanya Parlimen Bentong.

“Saya sedang menunggu bukti ataupun maklumat selanjutnya mengenai pengundi asing dan gangguan bekalan elektrik yang mungkin didedahkan semasa Tribunal Rakyat dianjurkan Bersih bermula pada minggu ini.

“Ini merupakan satu lagi contoh kewartawanan tidak bertanggungjawab yang sentiasa diamalkan oleh pihak Utusan Malaysia,” kata Dr Kian Ming

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION