Pelbagai

Permit Deepavali boleh dipohon bermula 17 September

deepavaliKLANG 16 OKTOBER : Mana-mana individu yang berminat untuk berniaga sempena Deepavali boleh mengemukakan permohonan di Jabatan Perlesenan dan Penjaja (tingkat bawah) Majlis Perbandaran Klang bermula 17 hingga 30 September 2013 ini.

Pengarah Jabatan Pelesenan MPK, Azhar Samsudin berkata, pemohon dikehendaki menyerahkan borang permohonan dengan membawa bersama buku bank.

Katanya, pemohon juga mestilah mempunyai lesen perniagaan, penjaja atau permit perniagaan sementara 2013 atau permit Deepavali 2012 beserta bayaran berjumlah RM 790.

Beliau berkata, tarikh undian akan diadakan 17 Oktober yang akan diadakan di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran pada jam 9.30 pagi.

“Perniagaan akan dimulakan pada 19 Oktober sehingga 1 November 2013 dan kawasan yang terlibat sekitar Jalan Tengku Kelana.

“Hanya seorang pemohon sahaja untuk satu tapak dan peniaga serta pembantu dikehendaki memakai tag yang disediakan kelak,” katanya dalam kenyataan media.


Pengarang :