250 peserta bakal berentap di Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


250 peserta bakal berentap di Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa

Oleh : Lizawati Madfa

PETALING JAYA 12 NOV : Seramai 250 peserta bakal menyertai Kejohanan Tenis Remaja Terbuka Antarabangsa Genting-Selangor 2013 yang bakal berlangsung pada 20 hingga 24 November ini.

PuasaTimbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Puasa Md. Taib berkata, penyertaan peserta pada tahun ini mencatat peningkatan berbanding tahun-tahun sebelum ini.


Ujarnya, peningkatan penyertaan termasuk peserta dari luar negara menunjukkan perkembangan positif sukan tenis yang kurang popular di kalangan rakyat Malaysia.

“Saya difahamkan sehingga tarikh penyertaan ditutup semalam, terdapat 31 peserta dari empat negara iaitu Vietnam, Filipina, Singapura dan Turkmenistan.

“Dengan adanya penyertaan dari negara-negara tersebut, saya percaya pemain-pemain negara kita akan dapat bersaing serta meningkatkan mutu permainan mereka,” kata beliau.

Beliau ditemui ketika menghadiri sidang media kejohanan berkenaan di ibu pejabat MBPJ di sini pagi tadi, yang turut disertai Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor.

Kejohanan kali ke-11 tahun ini dianjurkan bersama Persatuan Tenis Selangor (STA) selain mendapat tajaan utama oleh Genting Malaysia Berhad.

Penaja bersama lain ialah Nestle Products (M) Sdn. Bhd (MILO), Amer Sports Malaysia Sdn. Bhd (WILSON) dan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd.

Kesemua wakil penganjur dan penaja turut hadir dalam sidang media berkenaan.

Selain peserta daripada empat negara luar, kejohanan kali ini turut disertai peserta daripada peserta tempatan iaitu Selangor (66), Kuala Lumpur (49), Perlis (20), Negeri Sembilan (17), Sarawak (13), Johor (14) dan Perak (12).

Sementara itu, Kelantan dan Kedah masing-masing menghantar lapan peserta, Melaka dan Pulau Pinang masing-masing empat peserta manakala Pahang (2) dan Sabah (1).

-EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION