45 pasangan dirai meriah di Perkahwinan Perdana | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


45 pasangan dirai meriah di Perkahwinan Perdana

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 30 NOV : Majlis Perkahwinan Perdana Belia anjuran Kerajaan Selangor memberi peluang kepada belia pelbagai kaum di negeri itu untuk merasai nikmat mendirikan rumah tangga dengan sambutan sederhana dan meriah.

Perkahwinan BeliaMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata program itu diharap dapat mengurangkan bebanan golongan belia menanggung kos perbelanjaan perkahwinan kerana sebahagiannya di tanggung Kerajaan Negeri dan syarikat korporat


“Di samping itu, kita juga dapat mempamerkan adat resam perkahwinan masyarakat berbilang bangsa yang tidak menyalahi syariat agama Islam.

“Ini juga dapat menyemai perasaan kenal mengenal dan hormat-menghormati di antara rakyat pelbagai kaum yang berlainan agama dan budaya atau berlainan kedudukan dan kefahaman kepartian,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Perkahwinan Perdana Belia 2013 yang diadakan di tapak Selangor Agro Fest 2013 di perkarangan Stadium Shah Alam, di sini.

Turut hadir Exco Selangor antaranya, Dr. Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan), Dr. Halimah Ali (Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan), Rodziah Ismail (Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita) dan Dr. Daroyah Alwi (Kesihatan, Sains, Teknologi dan Innovasi) serta Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor.

perkahwinan belia1Seramai 45 pasangan pengantin (Melayu 40, Cina 1, India 4) daripada 23 DUN di seluruh Selangor diraikan dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu.

Majlis turut menyaksikan lima daripada pasangan yang beragama Islam dinikahkan di atas pentas dengan disaksikan kaum keluarga, tetamu kehormat dan tetamu-tetamu lain.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri meluluskan tambahan pemberian insentif perkahwinan belia daripada RM200 seorang kepada RM250 dan akan mula dilaksanakan pada Januari tahun depan.

Pemberian insentif akan diberikan dalam bentuk simpanan Tabung Haji kepada yang beragama Islam sementara kepada yang bukan Islam diberikan sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

-EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION