Selangorkini
SELANGOR

86 pewaris terima Skim Mesra Usia Emas

Oleh : Mohd Ezli Mashut

KLANG 25 NOV : Seramai 86 pewaris di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas menerima cek faedah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang disampaikan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi membantu waris, di sini, baru-baru ini.

Dr Xavier Jayakumar MUES (3)Daripada 86 penerima itu, seramai 38 pewaris adalah dari DUN Seri Andalas, DUN Seri Muda (33) dan DUN Kota Alam Syah (15).

Majlis itu adalah anjuran Pejabat Daerah Dan Tanah Klang dan dikelolakan Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Seri Andalas yang disampaikan ADUN kawasan itu, Dr Xavier Jayakumar dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Turut hadir pada program itu adalah Ahli Majlis MPK dan MPSA serta petugas Pejabat Daerah dan Tanah Klang yang diketuai Penolong Pegawai Daerah.

SMUE adalah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang dilancarkan pada Ogos 2008 dan secara rasmi bermula pada 1 Oktober 2008 dan seramai 90 keluarga dari DUN Seri Andalas menerima faedah skim berkenaan, sejak September lalu.

Dr Xavier Jayakumar MUES (8)SMUE membabitkan skim khairat kematian sebagai menghargai warga emas tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka.

Ia adalah pemberian percuma kerajaan Selangor kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang layak apabila ahli meninggal dunia.

Penama yang berdaftar boleh menuntut dari Pusat Khidmat DUN di tempat mereka didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.

Tujuan khairat kematian itu adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan berkenaan si mati seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengebumian.

-NFN-


Pengarang :