SELANGOR

MB & Anwar sarapan bersama peserta Akademi Imam Muda Da’ie

01 (1) copyOleh : AFIX REDZUAN 

SHAH ALAM 9 NOV – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersarapan dan bergambar bersama 38 murid tahun enam Sekolah Rendah Agama Ar-Razi dalam Program Akademi Imam Muda Da’ie, di sini, hari ini.

Peserta progam latihan dan tarbiyah itu mengambil kesempatan bertemu dengan tokoh terkemuka termasuk pemimpin setempat bagi meningkatkan motivasi kepada pelajar di ruang legar Bangunan Pejabat Setiausaha Negeri Selangor (SUK).

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM MELAYANI PELAJAR - PELAJAR DENGAN MEMBERI TANDATANGAN SEBAGAI KENANGAN DI MASJLIS SARAPAN PAGI BERSAMA PELAJAR -PELAJAR SEKOLAH AGAMA MERU DI LOBI SUK PAGI TADIProgram yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu adalah antara inisiatif Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan bagi mengisi masa lapang hujung minggu dalam usaha melatih murid menjadi imam dan pendakwah serba boleh sebelum melangkah ke sekolah menengah.Pengerusi PIBG, M Sueb Ismail, berkata inisiatif itu dicetuskan hasil daripada program Imam Muda yang disiarkan di Astro dan diadaptasi kepada murid sekolah berkenaan.

anwarKatanya, progam yang julung kali diadakan itu memberi pendedahan kepada murid untuk memantapkan kemahiran berhadapan dengan masyarakat, selain berpeluang beramah mesra bersama golongan profesional.

“Sambutan daripada ibu bapa memberansangkan cuma kekangan daripada segi kewangan. Kebanyakan mereka datang dari kawasan kampung dan ramai yang terpaksa menarik diri kerana masalah kewangan.

“Mereka rasa ini adalah program tambahan, tetapi kami lakasanakan versi yang berbeza iaitu menyelitkan unsur tarbiah dan latihan. Kami juga bercadang untuk menganjurkan program ini sebulan sekali pada hari Sabtu dan Ahad, namun menghadapi kekangan wang,” katanya.

-NFN-


Pengarang :