Pelbagai

Abdul Khalid minta media massa henti isu jawatan Menteri Besar

Sinopsis

FOKUS Untuk 01112013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta media massa supaya tidak melagakan hubungannya dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berhubung pengambilalihan jawatannya.

2. Selangor akan melancarkan kempen ‘Ayuh Gempur Aedes Perdana’ bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes, sekali gus mengekang penularan penyakit demam denggi di negeri itu.

3. Program keusahawan ‘Retail 200′ bakal dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaras dengan hasrat melahirkan usahawan berdaya saing dan memiliki ketahanan mental dan fizikal yang tinggi.

4. PAS hari ini mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) berbelanja sebanyak RM15.15 juta sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau lapor portal The Malaysian Insider.


Pengarang :