Abdul Khalid minta media massa henti isu jawatan Menteri Besar | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Abdul Khalid minta media massa henti isu jawatan Menteri Besar

MB deepavali event

KLANG 1 NOV: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta media massa supaya tidak melagakan hubungannya dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berhubung pengambilalihan jawatannya.

Beliau menyifatkan tindakan terbabit adalah perbuatan ‘jijik’ dan meminta editor media massa menghentikan segera perbuatan itu.


Abdul Khalid berkata, beliau tidak mempunyai masalah jika jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor diganti orang lain.

“Kalau pendekatan melagakan adalah cara untuk menjual surat khabar, maka tahap mentaliti seperti itu belum sampai tahap negara maju,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Sambutan Deepavali, di Little India, di sini, semalam.

Sebelum ini, timbul desas-desus berhubung prestasi Abdul Khalid merosot dan jawatan Menteri Besar akan diganti dengan wakil rakyat yang baru.

Sementara itu, Abdul Khalid turut menafikan terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak berpuas hati dengannya dalam sesi pertemuan bersama mereka, pada 29 Oktober lalu.

“Setiap cadangan yang mereka lontarkan, saya bukan sahaja melihat perkara itu sebagai cadangan tetapi kesan jangka masa panjang.

“Kita perlu melihat kesan masa kini dan akan datang kerana ingin bangunkan Selangor untuk tempoh 20 tahun akan depan, bukannya sekarang sahaja. Jadi alasan setiap cadangan itu perlu kukuh,” katanya.

Sebelum ini, beberapalaporan media tempatan membawa persepsi kononnya Azmin bakal menerajui kerajaan negeri, namun ADUN Bukit Antarabangsa dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan perkara terbabit.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION