Ambiga: Isu ‘40,000 pengundi Bangladesh’ helah Najib | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Saiful Asraf

Ambiga: Isu ‘40,000 pengundi Bangladesh’ helah Najib

ambiga - najib

SHAH ALAM 3 NOV : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan terus-menerus menafikan dakwaan 40,000 warga Bangladesh mengundi dalam pilihan raya umum lalu hanyalah satu helah untuk mengelak dari menjawab dakwaan penipuan dalam pilihan raya.

Pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata, beliau sangat sangsi kerana isu tersebut terus dibangkitkan.


“Saya rasa ia satu helah supaya mereka tidak perlu menjawab dakwaan penipuan pilihan raya lain yang disokong bukti,” katanya.

Ambiga berkata demikian dipetik dari Malaysiakini ketika mengulas kenyataan Najib dalam satu wawancara dengan rangkaian televisyen CNN.

Dalam wawancara itu, Najib diminta mengulas mengenai dakwaan penipuan, membeli undi, pengundian dua kali, pengundi hantu, dan isu sempadan kawan pilihan raya.

Najib menjawab bahawa dakwaan tersebut “secara umumnya… amat tidak berasas” dan memberi contoh dakwaaan mengenai 40,000 warga Bangladesh yang dibawa untuk mengundi, dan menegaskan bahawa ia juga tidak pernah dibuktikan.

Perkara itu juga ditimbulkan beberapa kali sejak minggu lalu – ketika Najib membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober dan ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan Perwakilan Gerakan pada 26 Oktober.

“Dia tidak menjawab banyak lagi dakwaan penipuan yang disebut (oleh wartawan CNN Christiane Amanpour), seperti membeli undi dan sempadan pilihan raya,” kata Ambiga.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION