Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

AMK Perak tubuh Pasukan Penyelidik untuk bantu ADUN PKR

Oleh Mohamad Shahhanaz Nazarudin

AMK Perak menubuhkan Team Research yang terdiri daripada anak muda Perak yang bertujuan membantu ADUN-ADUN KEADILAN dalam perbahasan Budget Negeri Perak. Pembentangan Budget Negeri Perak akan diadakan pada 25 November 2013.

Team ResearchTeam ini akan bertindak untuk membantu para ADUN-ADUN Keadilan dalam mengkaji keberkesanan budget yang akan dibentang sebelum dibahaskan pada hari seterusnya.

Platform yang disediakan ini bakal mengetengahkan pendapat anak muda dalam pelbagai aspek termasuk pembangunan setempat, pengurusan operasi kerajaan negeri dan juga pengurusan hasil bumi.

Menurut Ketua AMK Perak, Saudara Zafril Bin Eusoff, pelaksanaan team ini juga bertujuan untuk melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber, berwibawa dan berilmu pengetahuan yang tinggi sejajar dengan keperluan negara masa kini dan masa hadapan.

* Mohamad Shahhanaz ialah Ketua Penerangan AMK Perak


Pengarang :