Anwar gesa kerajaan ambil tindakan terhadap Gani Patail | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nadiah Zamlus

Anwar gesa kerajaan ambil tindakan terhadap Gani Patail

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 10 NOV : Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Pusat mengambil tindakan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail  ekoran dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terdapat dua orang ejen Agensi Perisikan Amerika Syarikat (CIA) di Pejabat Peguam Negara.

anwar whiteKetua Pembangkang itu berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menyiasat segera dakwaan memandangkan terdapat banyak dakwaan negatif terhadap Gani Patail


“Dakwaan oleh Dr Mahathir bahawa Pejabat Peguam Negara mempunyai dua ejen CIA adalah mengejutkan dan memerlukan tindakan serta merta daripada perdana menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” kata Anwar dalam kenyataan.

“Gani Patail juga perlu memberi penjelasan terhadap  semua dakwaan ini termasuk yang mengaitkan beliau dengan kegiatan haram dan aktiviti konspirasi yang turut didakwa melibatkan pejabatnya,” kata Anwar.

Gani Patail, 58, menyertai pejabat Peguam Negara pada 1980 dan dilantik sebagai Peguam Negara pada 2002.

Beliau menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak berhubung kegagalan kerajaan dalam kes di bawah seliaannya termasuk kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan kes penipuan membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION