Anwar akui ‘terlanjur’ tegur pentadbiran Abdul Khalid | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Anwar akui ‘terlanjur’ tegur pentadbiran Abdul Khalid

Oleh : SIRAJ MOHD ZAINI

SHAH ALAM 24 NOV : Pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor masih cemerlang jika dibandingkan dengan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tegurannya kepada Abdul Khalid bertujuan penambahbaikan dalam pentadbiran kerajaan negeri supaya lebih mengutamakan golongan yang memerlukan.


“Teguran itu mungkin kerana kita terlanjur dan lupa bahawa di bawah pemerintahan Selangor terdapat pimpinan, kewangan serta pembaziran jauh lebih terkawal. Perbezaannya terlalu jauh kalau diteliti akaun pengurusan ekonomi zaman BN dengan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

anwarAnwar berkata demikian dalam ucapan penggulungannya Kongres Nasional Khas 2013 di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, di sini, hari ini.

Turut hadir dalam kongres berkenaan adalah barisan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan 885 anggota perwakilan PKR seluruh negara.

Perwakilan yang hadir sebulat suara meluluskan beberapa pindaan kepada perlembagaan parti yang akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk disahkan.

Sebelum ini, Anwar memberi teguran kepada Abdul Khalid kerana kerajaan negeri gagal menggunakan rizab negeri bagi membantu golongan yang memerlukan di Selangor.

Anwar berkata, Abdul Khalid antara pemimpin PR yang berfikiran terbuka dan sentiasa mengambil teguran ke atas dirinya.

“Saya tegur sebagai seorang sahabat dengan memuji rekod yang baik, tetapi ada beberapa yang perlu diperbaiki,” katanya.

Katanya, beliau yakin Abdul Khalid adalah pemimpin yang jujur sepanjang menerajui Selangor sepanjang lima tahun ini. Anwar berkata, Abdul Khalid tidak pernah mengambil tanah atau balak untuk kepentingan peribadi.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION