SELANGOR

Rakyat tolak tuduhan konon Belanjawan Selangor ‘menghukum’

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 20 NOV : Tuduhan sesetengah pihak, kononnya Belanjawan Selangor 2014 yang dibentang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, tidak memberi manfaat dan bersifat menghukum, ditolak pelbagai lapisan rakyat.

Sebaliknya, orang ramai menganggap kerana belanjawan sangat baik lantaran ia memberi peruntukan kepada semua peringkat golongan dengan menumpukan aspek kebajikan rakyat.

Pandangan rakyat pelbagai lapisan itu berlawanan dengan laporan media arus perdana kononnya belanjawan bertema ‘Belanjawan Berhemat dan Berimpak, Maslahat Rakyat’ itu tidak memberi manfaat dan bersifat menghukum rakyat.

lalala1Norhesni-Ismail40Malah, Norhesni Ismail, 40, berkata belanjawan itu dianggap sebagai terbaik berbanding kerana turut mengiktiraf golongan wanita dan keluarga dengan peruntukan yang besar.

Katanya, penggunaan rizab negeri RM430 juta pula dibuat pada  masa tepat kerana ia terus membantu pelbagai golongan masyarakat.

“Ia membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berusaha membantu rakyat, di samping mempertingkat sumber pendapatan dan hasil negeri serta pada masa sama membelanjakannya untuk pembangunan ekonomi.

“RM30 juta yang diperuntuk untuk wanita sangat diharapkan bagi memperkasakan golongan ini di Selangor dalam pelbagai program,” katanya ketika ditemui Selangor Kini, di sini, hari ini.

nananaS-Rosanty46S Rosanty, 46, pula berkata Belanjawan 2014 Selangor berbeza dengan belanjawan yang dibentang Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan negeri menekankan kebajikan rakyat.

Katanya, rizab negeri yang dibelanjakan dengan baik kerana ia  wang yang diterima daripada pembayar cukai dan perlu dikembalikan semula.

“Belanjawan kerajaan negeri lebih mengutamakan rakyat dan tidak mementingkan kroni atau yang seangkatan dengan aliran pemikiran politik sahaja,” katanya.

Aktivis NGO, Maria Kamel, 35, berkata, belanjawan itu seimbang yang menumpukan daripada segi pertumbuhan ekonomi dan insfraktruktur dalam memenuhi keperluan rakyat.

Katanya, ia turut memberi tumpuan kepada pengupayaan dan pembangunan insan supaya masyarakat turut diberdaya pemikiran serta kemahiran secara individu juga keluarga.

“Akhirnya belanjawan itu mampu berperanan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara umum, tahniah kerajaan Selangor,” katanya.

– NFN FZL


Pengarang :