Cukai pintu, Menteri dan Datuk Bandar KL digesa letak jawatan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Cukai pintu, Menteri dan Datuk Bandar KL digesa letak jawatan

SHAH ALAM 30 NOV : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib digesa meletakkan jawatan atas kekeliruan warga kota berhubung kenaikan cukai pintu bermula Januari 2014.

Nurul-IzzahAhli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata, ketelusan dan akauntabiliti merupakan isu yang boleh dipersoalkan berhubung kenaikan cukai pintu dengan kenyataan berbeza di antara Tengku Adnan dan timbalannya, Datuk Loga Balan Mohan Jaganathan selain Ahmad Phesal yang dilihat tidak memberikan penjelasan sebenar.

“Mereka semua mesti letak jawatan. Apa guna ada kementerian atau datuk bandar jika isu ini tidak dapat diselesaikan,” katanya dipetik The Malaysian Insider.


Nurul Izzah berkata, sehingga ke hari ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih tidak memberikan hujah konkrit mengapa cukai pintu perlu dinaikkan.

Apatah lagi, katanya, apabila sistem pembentungan dan pengurusan sampah diswastakan dan tidak lagi menjadi tanggungjawab DBKL sepenuhnya.

“Saya lihat tiada peningkatan perkhidmatan DBKL. Maka saya minta penjelasan mereka alasan kenaikan berkenaan, ” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION