Cukai taksiran DBKL : Penduduk anggap cadangan Abdul Khalid bijak dan realistik | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Cukai taksiran DBKL : Penduduk anggap cadangan Abdul Khalid bijak dan realistik

Oleh : NAZLI IBRAHIM

BANDAR TUN RAZAK 24 NOV: Penduduk Bandar Tun Razak menganggap cadangan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Abdul Khalid Ibrahim supaya cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dinaikkan tidak melebihi 10 peratus sebagai cadangan bijak, realistik dan tidak membebankan.

Pesara swasta, Rozali atau Razali Lebai Ismail, 71, berkata cadangan caj baru yang dicadangkan DBKL amat membebankan dia berbanding cadangan 10 peratus yang dikemukakan Abdul Khalid.


OLYMPUS DIGITAL CAMERA“Sebagai pesara swasta, saya tidak mempunyai pendapatan kecuali daripada perniagaan kecil-kecilan sahaja yang cukup menampung keperluan kami sekeluarga.

“Sudah tentu peningkatan cukai taksiran sehingga hampir 300 peratus membebankan saya tetapi cadangan 10 peratus itu adalah penyelesaian yang bijak dan boleh diterima,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Rozali juga berharap DBKL mempertimbangkan cadangan kenaikan caj cukai pintu sebanyak 10 peratus yang akan dikemukakan Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor itu.

Peniaga kecil, Mohd Khairuddin Asmuni, 36, yang menetap di Kampung Malaysia, Sungai Besi pula menganggap cadangan kenaikan 10 peratus adalah lebih bijak, munasabah dan adil kepada DBKL dan penduduk Kuala Lumpur.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA“Kami bukan menentang kenaikan ini kerana saya faham cukai sudah lama tidak dikaji, tetapi dengan kenaikan secara mendadak tentunya tidak boleh diterima sebab terlalu tinggi.

“DBKL perlu sentiasa melakukan semakan setiap 10 tahun seperti yang dikatakan Tan Sri Abdul Khalid, jadi kenaikan itu tidak begitu mendadak.

“Tetapi DBKL terus ingin meningkatkannya berlipat kali ganda. Jadi saya rasa cadangan Abdul Khalid adalah bijak dan boleh diterima semua pihak,” katanya.

Sebelum ini, DBKL mahu menaikkan cukai taksiran hartanah seluruh Kuala Lumpur berdasarkan penilaian nilai sewaan hartanah tahun ini, berbanding penilaian terakhir pada 1992.

Bagi mengatasi masalah yang bakal membebankan rakyat itu, Abdul Khalid mengambil langkah mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur selepas berakhirnya tempoh bantahan, pada 17 Disember ini.

Dalam pertemuan itu, Abdul Khalid akan mengemukakan cadangan penyelesaian dengan mengenakan kenaikan 10 peratus kepada pemilik hartanah di Kuala Lumpur, namun mereka boleh dikenakan caj tambahan jika bertindak menjual hartanah yang dimiliki itu.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION