SELANGOR

DAP Selangor edar wisel bendung jenayah ragut

DAP Selangor edar wisel 4

SHAH ALAM 4 NOV : Sebanyak 1,000 wisel diedarkan kepada orang awam oleh wanita DAP Selangor bagi membendung jenayah ragut dan rompak di sekitar pasar borong Seri Kembangan, di sini, baru-baru ini.

DAP Selangor edar wisel 2

Pengagihan wisel itu diketuai Speaker Dewan Negeri, Hannah Yeoh serta Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah serta 14 ahli wanita DAP Serdang.

DAP Selangor edar wisel 1

Hannah berkata, polis mengakui serta bersetuju bahawa wisel membantu mengurangkan jenayah ragut dan program terbabit sudah dilaksanakan di Subang Jaya.

Sementara itu, Ean yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan berkata, mangsa jenayah terutamanya pemilik restoran didakwa sering keberatan untuk melaporkan kegiatan kecurian dan rompakan.

DAP Selangor edar wisel 5

Dalam pada itu, dua kes ragut membabitkan wanita termasuk seorang warga emas dilaporkan berlaku di Taman Bukit Belimbing dan Kampung Baru Seri Kembangan, di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, polis diharap dapat mempertingkatkan rondaan di kawasan tumpuan jenayah bagi mengelakkan masalah ragut dan rompak sekitar Seri Kembangan.

-NFN-


Pengarang :