Selangorkini
NASIONAL

Facebook ‘Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan’ capai 40,000 ‘likes’

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 17 NOV : Laman Facebook ‘Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan’ yang diwujudkan tidak sampai sebulan lalu sudah mencapai 40,000 ‘likes’

SPBS mansuhMenurut pengendali laman itu, disebabkan sokongan semakin meningkat difahamkan sudah ada guru mula mendapat ugutan daripada pihak tertentu kerana suara bantahan itu.

“Adalah penting untuk guru-guru menzahirkan kekuatan kita. Saya percaya ada pihak yang takut apabila guru bersatu kerana guru adalah golongan paling hampir dengan masyarakat,” katanya.

Laman Facebook itu diwujudkan adalah satu inisiatif yang digerakkan oleh para guru menerusi satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kesatuan Guru-Guru Malaysia (KGM) sebagai penaja.

SPPBSIa bagi menyuarakan keluhan guru-guru di samping mengumpulkan sokongan daripada semua pihak supaya sistem SPPBS dan PBS yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu dimansuhkan.

Ia kerana SPPBS dilihat gagal menambah baik sistem pendidikan negara selain menambah beban tidak perlu kepada para guru.

Page itu mensasarkan 200,000 like serta 50,000 ahli berdaftar dengan KGM menjelang Disember bagi membolehkan keluhan para guru boleh dibawa ke perhatian Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dikatakan hampir 80 peratus daripada 400,000 guru terlibat dengan SPPBS dan PBS.


Pengarang :