NASIONAL

FOMCA : Elektrik naik, Kerajaan Pusat digesa turun kadar beli tenaga dari IPP

SHAH ALAM 30 NOV : Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa Kerajaan Pusat untuk menurunkan kadar pembelian tenaga daripada Penjana Tenaga Bebas (IPP) yang menjadi punca tarif elektrik dinaikkan bermula tahun hadapan.

fomca orangPengarah Komunikasi Fomca, Yusof Abdul Rahman, berkata kadar pembelian tenaga dari IPP itu mungkin boleh diturunkan apabila IPP terbabit sudah mendapat keuntungan dan mampu membayar balik pinjaman mereka.

Katanya kerajaan boleh mengkaji semula kadar pembelian itu yang dikenalpasti antara punca menyebabkan kos pengurusan tenaga meningkat dan seterusnya tarif elektrik perlu dinaikkan.

“Jika IPP sudahpun mendapat keuntungannya, malah sudah mampu membayar balik pinjaman mereka, kadar pembelian tenaga itu boleh dikurangkan.

Ia akan membantu mengurangkan kos pengurusan yang tinggi dan mengelakkan kenaikan tarif berkenaan,” kata beliau dipetik Harakah Daily.

Malah, katanya kerajaan juga boleh mengkaji semula dasar untuk menetapkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar menjana tenaga secara sendiri pada masa akan datang.

harga-naikKata Yusof, memang diakui TNB terpaksa menanggung kos pengurusan yang sangat tinggi, tetapi adalah lebih baik jika TNB sendiri menjana tenaga, sekaligus membekalkan kepada pengguna.

“Dasar yang ada sekarang, penjanaan tenaga dibuat oleh IPP, TNB hanya membekalkan kepada pengguna. Pada masa akan datang, mungkin TNB boleh jana tenaga sendiri.

Ini sekaligus membekalkan tenaga. Biarpun kosnya masih tinggi, ia masih mampu menjimatkan kadar pembelian tenaga dari IPP,” kata beliau.

-EZY


Pengarang :