GLC arah perbanyak iklan di Utusan, tanda tuju kehancuran | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


GLC arah perbanyak iklan di Utusan, tanda tuju kehancuran

dr arif bahardinGesaan beberapa pimpinan Umno termasuk Perdana Menteri sendiri agar Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memperbanyakkan iklan di dalam akhbar Utusan Malaysia menunjukkan kedangkalan dan ketumpulan daya fikir pimpinan Umno bukan sahaja dalam urusan mentadbir negara bahkan strategi perniagaan.

Setiap syarikat mementingkan keuntungan. Bagi menjana untung, syarikat perlu mempromosikan produk mereka. Promosi haruslah strategik dan berkesan; menggunakan medium yang popular dan disenangi pengguna.

Hakikat syarikat-syarikat (yang biasanya mempunyai pegawai eksekutif pemasaran) tidak menggunakan Utusan sebagai medium untuk meletakkan iklan mereka membuktikan bahawa akhbar itu tidak lagi diterima rakyat dan mempunyai nilai edaran rendah.


Ketidakpopularan Utusan adalah akibat sikap dan polisi mereka sendiri – secara konsisten melaporkan berita yang tidak benar, menyebar fitnah dan seringkali bertindak sebagai lidah rasmi Umno dan menjadi medium untuk menghentam dan mengecam mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah secara keterlaluan.

Tidak salah jika dikatakan, sejak dua dekad lepas, Utusan adalah akhbar yang telah bertanggungjawab membudayakan unsur fitnah, lucah dan biadap di dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Utusan yang telah bertanggungjawab mendedahkan generasi muda kepada unsur-unsur negatif. Utusan juga telah acap kali cuba dengan sengaja untuk meruntuhkan keharmonian di antara pelbagai kaum di Malaysia.

Polisi Utusan yang sanggup melaporkan berita palsu dan tipu, tidak melayakkan mereka untuk bergelar media yang berhemah dan gagal mematuhi etika kewartawanan.

Saya menyeru rakyat untuk terus berhenti membeli Utusan dan saya menggesa GLC untuk tidak mengendahkan gesaan pimpinan Umno – kerana hakikatnya, Utusan, akhbar milik Umno sedang menuju ke lembah kehancuran.

Dr Afif Bahardin
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang
Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION