Selangorkini
NASIONAL

GST, cukai tidak adil pada rakyat

SHAH ALAM, 22 NOV – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan Kerajaan BN dalam Bajet 2014 merupakan sistem percukaian yang tidak adil tanpa mengira pendapatan rakyat.

logo59Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata kerajaan perlu mengguna pakai kaedah percukaian selaras tuntutan Islam dengan hanya mengenakan cukai ke atas sesuatu barangan yang mendatangkan keuntungan dan bukan secara keseluruhan.

Sistem cukai Islam juga katanya sentiasa memastikan kuasa beli rakyat lebih stabil dan kukuh.

“PAS tetap konsisten menolak GST kerana ia boleh melemahkan masa depan ekonomi negara.

“GST tidak ubah sekadar menjadi ubat penahan sakit kepada kerajaan dengan menjadikan rakyat sebagai ramuannya,” kata beliau dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS kali ke-59, di sini, hari ini.

muktamar a“Sistem percukaian moden boleh dikenakan oleh kerajaan ke atas rakyat tanpa mengira sama ada cukai tersebut dikenakan ke atas barang keperluan atau transaksi rakyat,” tambahnya lagi.

Kerajaan akan melaksanakan GST bermula 1 April 2015 pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat menentang pelaksanaan GST kerana ia merupakan cukai yang akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta akan menyebabkan berlakunya inflasi dan kenaikan harga barangan.


Pengarang :