GST : Kos perubatan juga bakal meningkat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

GST : Kos perubatan juga bakal meningkat

Gst biasa

SHAH ALAM 3 NOV : Dakwaan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam bahawa kos perkhidmatan kesihatan di negara ini tidak akan meningkat dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 adalah tidak berasas.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tee Zin, berkata walaupun ubat-ubatan tidak dikenakan GST tetapi pembungkusannya tetap dikenakan GST.


Katanya, malahan dengan kenaikan kos pengangkutan ia juga akan menjadi penyebab kepada kepada kenaikan kos perkhidmatan kesihatan.

“Kos penghantaran ubatan juga akan naik sebab ada GST, malahan kos kepada pengeluar juga dikenakan GST, walaupun ubatan tidak dikenakan GST tetapi ia kesemuanya akan ditanggung kepada pembeli,” kata Sim ketika dihubungi TVSelangor.

Sim berkata, kadar pengenalan sebanyak 6 peratus yang diumumkan Kerajaan Pusat adalah tinggi.

Katanya, Negara Jepun pada peringkat awal memperkenalkannya hanya pada kadar tiga peratus pada 1989 selepas 24 tahun masih hanya lima peratus.

“Kadar GST negara kita terlalu tinggi, kadar yang bersesuaian yang sepatutnya dikenakan kerajaan adalah empat peratus,” kata beliau.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Umno-BN perlu menangani isu rasuah, pembaziran melampau wang rakyat dan memperbaiki kualiti taraf hidup rakyat sebelum melaksanakan GST.

Anwar berkata, kaedah melaksanakan GST pada ketika ini tidak kena pada masanya kerana masalah kebocoran dan ketirisan dalam kerajaan masih belum diatasi.

-EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION