Guru KAFA turut nikmati bonus setengah bulan gaji | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Guru KAFA turut nikmati bonus setengah bulan gaji

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 28 NOV: Kebajikan Guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) tidak dilupakan apabila pemberian bonus setengah bulan oleh Kerajaan Negeri turut melibatkan golongan warga pendidik itu.

Halimah Ali Hijau Tudung Pink 01Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali (PAS-Selat Klang), berkata pemberian bonus ini adalah sejajar dengan matlamat memastikan kebajikan guru-guru sekolah agama terus terbela.


“Mereka juga kakitangan Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sudah tentu mereka juga terlibat dengan pengumuman pemberian bonus oleh Menteri Besar semalam.

“Saya harap pemberian bonus ini dapat membantu dan mengekalkan prestasi terbaik dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak kita di Selangor,” kata beliau ketika ditemui Selangor Kini di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Semalam Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Kerajaan Negeri akan membayar setengah bulan gaji kepada kakitangan awam negeri Selangor.

Bayaran bonus yang akan dibuat pada Januari 2014 itu berikutan penghargaan terhadap usaha keras mereka memastikan dasar-dasar Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dilaksanakan dan kejayaan meningkatkan kutipan hasil sehingga melebihi unjuran yang dibuat sebelumnya.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memberitahu DNS bahawa hasil yang dikutip setakat 27 Nov 2013 berjumlah RM1,899,018,572 dan jumlah ini adalah 16 peratus lebih dari yang dianggarkan,” kata Abdul Khalid ketika membuat pengumuman petang semalam.

Abdul Khalid menambah, bayaran bonus kali ini turut melibatkan bayaran sejumlah RM14,821,252 kepada 15,643 penjawat awam negeri itu.

-EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION