Himpunan Hijau desak Kerajaan Jepun henti dana kepada Lynas | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Himpunan Hijau desak Kerajaan Jepun henti dana kepada Lynas

OLEH : AFIX REDZUAN,

KUALA LUMPUR 12 NOV – Himpunan Hijau mendesak Kerajaan Jepun menghentikan penyaluran dana kewangan kepada Lynas Corporation di Gebeng, Pahang yang mendapat tentangan lebih sejuta rakyat Malaysia.

Ini kerana operasi Lynas turut melibatkan penyertaan dua syarikat swasta Jepun, Sojitz Corporation dan Mitsubishi UFC Corporation.


himpunan-hijau-3-0Setiausaha Himpunan Hijau, Bang Seet Ping, berkata syarikat ini merupakan syarikat berkaitan kerajaan, Jepun Oil, Gas and Metals National Corporation (JOGMEC) dengan jumlah bantuan kewangan berjumlah US325 juta secara keseluruhan.

Kata beliau, sebelum ini syarikat pelaburan Jepun pernah dikaitkan dengan kerjasama pelaburan nadir bumi di Bukit Merah Perak sehingga mengakibatkan kesan penyakit seperti kematian bayi pramatang di sekitar kawasan kediaman penduduk.

Katanya, walaupun projek berkenaan telah ditutup, kesan radioaktif bahan berkenaan masih tedapat di kawasan berkenaan sehingga mengakibatkan gangguan kesihatan yang serius.

“Kami mahu mengingatkan kerajaan Jepun supaya mereka tidak lupa akan legasi toksik di Malaysia seperti yang berlaku dahulu.

“Kami menggesa mereka menggunakan kaedah kekuatan ekonomi yang baik dan bukannya mengulangi kecuaian terhadap persekitaran dan rakyat Malaysia.

“Kami meminta mereka menebus balik kesilapan lalu dengan menarik balik sokongan terhadap projek ini,” katanya pada satu sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH) di sini.

Himpunan Hijau yang diketuai oleh Wong Tuck akan menghantar satu memorandum ke Kedutaan Jepun pada 16 November ini, jam 2 petang dan ingin mengadakan dialog terbuka mengenai isu ini supaya tindakan segera dapat diambil demi kesejahteraan bersama.

Sebelum ini, Himpunan Hijau telah mengadakan beberapa perhimpunan membantah projek Lynas selain berjalan sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi mengutip tandatangan rakyat Malaysia sebagai bantahan kepada projek ini.

Sehingga kini, lebih sejuta tandatangan berjaya dikumpul sekaligus memberikan isyarat jelas bahawa rakyat meolak sebarang projek yang bakal memberikan kesan kehidupan kepada mereka untuk jangka masa panjang.

– EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION