Inisiatif kerajaan belanja RM270 juta tingkat penguasaan BI gagal | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Inisiatif kerajaan belanja RM270 juta tingkat penguasaan BI gagal

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 15 NOV : Perbelanjaan RM270 juta kerajaan pusat untuk program mentor antarabangsa Bahasa Inggeris tidak menjanjikan pulangan apabila keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menunjukkan penurunan dalam mata pelajaran itu.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, berkata program mentor itu seharusnya melatih 7,500 guru Bahasa Inggeris sekolah rendah di seluruh negara sejak dilaksanakan, pada 2010.


Katanya, dijangkakan pelajar sekolah rendah akan menunjukkan sedikit peningkatan dalam keputusan Bahasa Inggeris tahun ini dengan kos yang dibelanjakan itu.

zairil wacana dapZairil berkata, terdapat penurunan ketara dalam keputusan kertas Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah kebangsaan, dengan Gred Purata Mata Pelajaran kertas itu merosot 0.06 mata walaupun prestasi keseluruhan UPSR bertambah baik.

“Justeru, keputusan UPSR terkini adalah satu tamparan besar kepada usaha kementerian dan ironinya prestasi keseluruhan dalam kertas Bahasa Inggeris sekolah jenis kebangsaan pula menyaksikan peningkatan 0.12 mata dengan bilangan pelajar mencapai A meningkat 4.2 peratus dan mereka yang mendapat B dan C meningkat 2.1 peratus.

“Dalam erti kata lain, sekolah jenis kebangsaan yang tidak mendapat manfaat daripada program mentor antarabangsa bahasa Inggeris berjaya meningkatkan penguasaan dalam bahasa itu.

“Manakala keputusan sekolah kebangsaan merosot walaupun kerajaan pusat membelanjakan RM270 juta dalam tempoh tiga tahun khusus untuk meningkatkan tahap kemahiran bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION