Selangorkini
NASIONAL

Isu 40,000 pengundi ‘hantu’ Bangladesh propaganda blogger Umno

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR 20 NOV : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu datang daripada kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Anwar berkata, isu itu sebaliknya mula ditimbulkan penulis blog pro-Umno hasil daripada penelitian dan siasatan yang dilaksanakan PR.

anwar whiteKatanya, beliau sudah menyemak kenyataan pemimpin PR dan mendapati dakwaan itu tidak pernah dinyatakan mereka.

“Kita dah buat kajian, ada tak kenyataan begini? Hasil yang kita dapat memang tidak ada dan yang bawa cerita itu bloggers Umno.

“Kenyataan kita adalah memang ada pengundi luar,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Anwar membuat kenyataan demikian sebagai reaksi balas laporan media yang menyatakan Perdana Menteri Bangladesh menafikan dakwaan bahawa 40,000 rakyatnya diterbangkan ke Malaysia untuk mengundi, pada 5 Mei lalu.

-NFN-


Pengarang :