Isu roboh kuil, Kerajaan Pusat digesa jangan bohong rakyat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Isu roboh kuil, Kerajaan Pusat digesa jangan bohong rakyat

Oleh : Afeeqa Afeera

KUALA LUMPUR, 12 NOV : Kerajaan Pusat didakwa terus membohongi rakyat apabila mengatakan kerja perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Kuala Lumpur pada Ahad lalu adalah sebahagian daripada usaha mencantikkan kuil.

surendran pc 01Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, berkata kuil berusia lebih 100 tahun itu sekali lagi ‘diserang’ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas arahan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di mana sebahagian besarnya sudah dirobohkan semalam.


Katanya, tindakan itu sekali lagi membuktikan kegagalan Kerajaan Umno-BN menepati akujanji yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu untuk tidak merobohkan kuil berkenaan.

“90 peratus daripada kuil telah dirobohkan dan tidak lagi boleh digunakan oleh kaum India di situ, sekaligus membuktikan kenyataan yang dibuat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah satu penipuan.

“Perdana Menteri berjanji tidak akan merobohkan kuil itu dalam akujanji yang dibuat tetapi ia gagal dilaksanakan, malah mereka memberi tanah ini kepada pemaju untuk dibangunkan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Tengku Adnan mendakwa kerja-kerja perobohan DBKL di kuil Sri Sri Muneswarar Kaliyaman adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk “mencantikkan” kuil.

Menggelarkan tempat itu hanya “tempat pemujaan” dan bukannya kuil, beliau juga mendakwa, terdapat aktiviti menyalahi undang-undang dijalankan di tempat itu berdasarkan pemeriksaan kementeriannya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata pihak kerajaan tidak perlu menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan isu itu kerana jawatankuasa kuil bersetuju melakukan pengubahsuaian berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

“Kita harap Kerajaan boleh bertolak- ansur dan tunggu rundingan untuk selesaikan masalah ini,” katanya yang juga Naib Presiden PKR itu.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang mewakili DAP menyifatkan situasi yang dihadapi kaum India di Kuala Lumpur sekarang adalah sama seperti di Pulau Pinang.

Katanya, jaminan menteri untuk mencantikkan kuil itu diragui kerana Kerajaan Pusat pernah meroboh kuil hindu di kawasan Pelabuhan Pulau Pinang dan tidak membinanya semula meskipun berjanji untuk berbuat demikian.

“Sungguhpun janji untuk membina semula (kuil), tetapi sudah lebih tiga tahun ia tidak dilaksanakan.

“Saya beranggapan janji menteri adalah diragui kerana mereka telah membuktikan kegagalan berbuat demikian di Pulau Pinang,” katanya.

-EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION